Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) yang bertempat di Presint 5, Putrajaya bagi melihat sendiri inisiatif Kumpulan Alam Flora di dalam komitmen mereka membantu pihak kerajaan nencapai Matlamat Pembangunan Lestari. Disamping itu juga, YB Puan Hajah Zuraida turut berkesempatan melancarkan penjenamaan semula DHES Sdn Bhd kepada Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES), dengan logo dan laman web yang berwajah baru.
Turut hadir bersama ialah YBhg Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Puan Dr Daroyah binti Alwi, Pengerusi SWCorp, YBhg Dato’ Haji Mohd Zain bin Haji Hassan, Pengarah AFES dan En Nazar bin Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi AFES.
Semoga dengan pelancaran berwajah baru ini akan menjadikan AFES syarikat yang terkemuka dan dinamik dalam menjaga Kelestarian Alam Sekitar.