Construction & Demolition Waste Launching

Satu lagi Fasiliti INISIATIF HIJAU disediakan di Kuantan Pahang
Alhamdulillah, pada hari ini AFES telah menganjurkan satu Majlis Pelancaran Fasiliti Pengurusan Sisa Lengai (Pelupusan Sisa Binaan dan Perobohan) di Sungai Karang, Kuantan, Pahang yang dirasmikan oleh Yang Hormat Dato’ Hamdan bin Hussin, Datuk Bandar Kuantan diiringi oleh Yang Hormat Dato’ Mohd Zain bin Hassan, Ahli Lembaga Pengarah Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES) dan En. Nazar Bin Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi, Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES).
 
Majlis diteruskan dengan Taklimat Pengoperasian Fasiliti Pengurusan Sisa Lengai oleh Encik Harun bin Puniran, Pengurus Projek dan lawatan tapak sekitar Fasiliti ini.
 
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Hormat Dato’ Hamdan bin Hussin kerana sudi bersama-sama menjayakan majlis pelancaran pada hari ini dan memberi kepercayaan dan memilih AFES untuk menjalankan Fasiliti Pengurusan Sisa Lengai di Kuantan Pahang ini. Turut hadir pemaju perumahan di kawasan Kuantan, pegawai daripada SWCorp, Majlis Bandaraya Kuantan dan warga kerja Alam Flora dan AFES.
 
Want to know more? Let’s CONNECT. Call us at 03-7803 0518 or email us at info@afes.com.my.
 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top