Lawatan Rasmi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor ke RISE

Pada 16 April 2025, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, telah mencemar duli berangkat ke Fasiliti Recovery Initiative Sustainable Eco-Facility (RISE) yang dikendalikan oleh Alam Flora Environmental Solutions (AFES), bersempena program Gagasan Rumpun Selangor.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd., Encik Shariman Yusuf Mohamed Zain, yang berkongsi mengenai fasiliti RISE serta teknologi yang digunakan. Fasiliti ini mampu menerima sehingga 65 tan sisa kitar semula kering setiap hari untuk proses pengasingan dan kitar semula.

Sepanjang sesi lawatan, tetamu berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam tentang proses serta mesin yang digunakan, sebagai salah satu inisiatif ke arah kelestarian. AFES kekal komited dalam melaksanakan model Ekonomi Kitaran (Circular Economy) dalam setiap operasi fasilitinya.

AFES turut menyokong penuh aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kadar kitar semula negara kepada 40% menjelang tahun 2025, seiring dengan usaha berterusan ke arah masa depan yang lebih lestari.

 

Scroll to Top