Majlis Perasmian Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS)

Sekitar Majlis Perasmian Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) yang terletak di Presint 5 Putrajaya, pada 25 Julai 2020 (Sabtu) yang lepas.
Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Berhormat Tan Sri TPr Annuar bin Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan yang sudi meluangkan masa merasmikan FIKS.
FIKS merupakan Pusat Pembelajaran Kitar Semula yang Pertama di Malaysia. FIKS dibina bagi umum mempelajari tentang proses kitar semula dan pemulihan sisa. Ia juga bertujuan menerapkan amalan kitar semula dikalangan rakyat Malaysia dalam membantu mengurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah. Ia juga demi menyokong matlamat kerajaan dalam mencapai kadar kitar semula sebanyak 30% pada tahun 2020.
Antara fasiliti yang terdapat di FIKS ialah Hab Ilmu, Butik 3R, Pusat Kitar Semula, Koc Ilmu, Koc Kreatif dan juga ‘Integrated Recycling Facility’ (IRF). Pelawat juga berpeluang untuk mempelajari tentang proses rawatan sisa yang dijalankan oleh Alam Flora.
Semoga usaha FIKS, dalam mendidik masyarakat mengenai proses pengurusan sisa, tercapai sekaligus dapat mencapai misi Matlamat Pembangunan Lestari / Sustainable Development Goal (SDG).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top