Recovery Initiative Sustainable Eco-Facility Kuala Lumpur (RISE KL) Launching.

AFES mengorak selangkah ke hadapan dengan melancarkan fasiliti kitar semula iaitu Recovery Initiative Sustainable Eco-Facility Kuala Lumpur (RISE KL). Majlis perasmian RISE Kuala Lumpur disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir.
 
Turut memeriahkan majlis adalah Tuan YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Tuan Encik Murali a/l Jayabalan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp, Encik Anwar Syahrin bin Abdul Ajib, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad, Dato’ Mohd Zain bin Hassan, Pengarah AFES dan Encik Nazar bin Abdul Raof, Ketua Pegawai Operasi AFES.
 
Terima kasih tidak terhingga kepada agensi kerajaan, syarikat swasta, pemaju perumahan, para pendidik yang turut hadir di majlis perasmian.
 
RISE Kuala Lumpur ditubuhkan bertujuan untuk mendidik orang ramai khususnya di kawasan Lembah Klang tentang kepentingan kitar semula, dan menyahut saranan kerajaan untuk meningkatkan kadar kitar semula negara kepada 40% menjelang 2025.
 
Want to know more? Let’s CONNECT. Call us at 03-78030518 or email at marketing.info.com.my.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top