Upacara Menandatangani Perjanjian Pengurusan Sisa Pepejal di Tanah Rancangan Felda Wilayah Jengan Daerah Maran

Hari ini, 29 Januari 2020 telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal di Tanah Rancangan FELDA Wilayah Jengka, Maran Pahang.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YDP Majlis Daerah Maran, En. Sharuddin bin Jali dan En. Nazar bin Abd Raof, Ketua Pegawai Operasi DHES, En. Azlan bin Zunaidak, Penolong Pengurus Besar Wilayah, FELDA Wilayah Jengka dan Ahli-ahli Majlis Daerah Maran yang lain.
Terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Majlis Daerah Maran serta FELDA Wilayah Jengka kerana memberi kepercayaan kepada pihak DHES untuk menguruskan sisa pepejal di kawasan FELDA.
Projek ini merupakan projek perintis bagi pengurusan sisa pepejal di Tanah Rancangan FELDA Wilayah Jengka. DHES merupakan sebuah anak syarikat Alam Flora Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan secara holistik dalam ‘ Asset Facilities Management, Infrastructure Cleansing & Waste Solution and Waste Management Facilites’.
Semoga warga FELDA Wilayah Jengka dapat menikmati pengurusan perkhidmatan sisa pepejal yang lebih sistematik dan teratur dalam menjadikan kawasan persekitaran lebih bersih dan sihat untuk diwarisi. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Felda Wilayah Jengka Majlis Daerah Maran

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top